Ajaibnya Gelar Ummiy bagi Nabi Akhir Zaman

Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggapan dan salah tafsir terhadap status baginda Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau dalam istilah lain, buta huruf. Jika begitu fahaman kita ertinya kita menganggap baginda orang yang tidak belajar atau seorang yang bodoh. Ensiklopedia Barat juga mendefinisikan Nabi Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa masalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka dan sensitif, akan merasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf.

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, nabi yang ummiy yang (namanya) mereka dapati tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka…” (Al A’raf: 157)

Sebenarnya yang dimaksudkan ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan roh. Itulah hakikatnya. Jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.

Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai. Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa.

Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa, Allah pandaikan baginda tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Rasulullah belajar tetapi tidak perlu menulis, membaca, berguru atau belajar di sekolah. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar. Sebenarnya maksud Rasulullah SAW itu ummiy ialah baginda itu tidak perlu kepada membaca dan menulis.

PERBAHASAN UMMIY

Mari kita bahaskan pula perkataan ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada ‘ibu’.

Ibu kalau dibahaskan secara lahir ia merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

Bagi yang tidak bernyawa, ada juga yang disebut ibu. Contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

Ibu secara batin atau maknawi pula mempunyai erti yang lebih hebat. Ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh. Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus bagi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat. Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan rohnya. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan ibu, kerana baginda ialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, ibu perpaduan dan lain-lain lagi kerana daripada segala ibu itulah, lahir ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, perjuangan dan lain-lain.

Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ia dibawa turun oleh Ar Ruhul Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan.” (Asy Syu’ara: 192-194)

Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi baginda menjadi ibu berlandaskan gelaran ummiy tersebut ialah kerana rohnya atau Nur Muhammad adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi, haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan Baginda dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.

MUSUH-MUSUH ISLAM MENGELIRUKAN MAKSUD UMMIY

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: “Rasulullah itu ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah.”

Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah SAW. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan psikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur. Bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah SAW memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan disembunyikan.
Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita bahas lagi.

Mari kita lihat pula kaedah menuntut ilmu melalui proses luar biasa ini. Rasulullah itu digelar ummiy kerana padanya diberikan ibu segala ilmu. Sepertimana Al Fatehah dikatakan Ummul Kitab, kerana di dalamnya adalah intipati seluruh Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh kerana apa yang dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu segala ilmu, ia tidak boleh diterima melalui proses biasa. Ibarat seorang yang ingin mengail ikan yang besar, mestilah menyediakan mata kail yang besar dan kuat, umpan yang baik, tali kail yang teguh dan tahan serta peralatan yang gagah dan sesuai dengan ikan yang hendak dikail.

Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasulullah mendapat wahyu. Tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera. Ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda diajar terus kepada ibu dirinya iaitu akal dan rohnya. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Leave a comment

11 Kebahagian Halimah Mengasuh Nabi Akhir Zaman

Rasulullah Muhammad SAW adalah seorang yang istimewa, luar biasa, dan  agung. Seorang yang menjadi sebab Dunia dan Akhirat diciptakan Tuhan. Jadi, apa saja yang berhubungan dengan Rasulullah SAW walaupun satu titik, lebih-lebih satu huruf, lebih-lebih satu perkataan, ada maknanya, ada arti, ada benda tersirat, ada benda yang patut kita cungkil supaya nampak.

HALIMAH SA’DIAH

HALIMAH adalah nama orang perempuan, kalau diterjemahkan, maknanya lemah lembut, berkasih sayang ataupun orang baik.

SA’DIAH, kalau kita merujuk kepada etnik, Halimah yang etniknya Bani Sa’ad. Kalau Sa’diah itu dirujuk kepada Halimah, maknanya Halimah yang bahagia.

Bekas Peninggalan Rumah Halimah (foto dari sini

Apa yang akan diperkatakan ialah Halimah yang bahagia. Sa’diah itu dirujuk kepada pribadi Halimah, bukan kepada etnik. Halimah yang lemah lembut yang bahagia. Tuhan memberi nama Halimah disebut Sa’diah, itu bukan kebetulan. Bukankah apa yang berhubungan dengan Rasulullah SAW, titik pun ada makna, betapalah 2 perkataan Halimah dan Sa’diah, tentu ada makna yang besar.

Di zaman jahiliah, sudah jadi tradisi atau sudah jadi budaya bahwa siapa melahirkan anak akan diserahkan kepada emak angkat. Tradisi ini sudah berpuluh tahun. Jadi, lahirlah dalam tahun itu 40 orang, 41 kalau dengan Rasulullah SAW. Ini isyarat bahwa 40 orang itu bakal menjadi sahabat Rasulullah SAW. Etnik Halimah ini pergi ke Mekkah hendak cari anak susu. Waktu pergi itu ada 41 orang bayi.

Karena keluarga Rasulullah SAW miskin, maka Rasulullah SAW dibungkus dengan kain buruk saja, sedangkan anak-anak orang lain yang 40 dibungkus dengan kain-kain yang baik. Bila rombongan Bani Sa’ad ini datang, anak-anak bayi itu semuanya diletakkan di Kaabah dan terlihat secara lahiriah mana yang nampak cantik diambil dulu. Rasulullah SAW, oleh emaknya yang miskin dibungkus dengan kain ala kadar. Tak ada yang minat pergi dan mengambil Rasulullah SAW. Hingga 40 bayi itu sudah diambil orang semua,  tinggal seorang saja yaitu Rasulullah SAW. Halimah dan suaminya tertinggal disebabkan untanya sudah tua. Mereka pergi bersama-sama, tapi sampainya tak sama, sebab unta halimah sudah tua.

Kebahagiaan Halimah yang Pertama:

Halimah berpikir “tak dapatlah bayi, kalau dapat pun tentulah dapat anak-anak miskin”. Bila dia lihat hanya tinggal seorang, dia pun pergi. Bila dia tengok bayi itu, keluar cahaya. Diapun rasa bahagia. Bayi ini bungkusnya saja buruk tapi mukanya bercahaya. Maka dia berkata pada suaminya, “Abang lihat, bayi ini bercahaya, untung kita jadikan anak.” Itu bahagia yang pertama. Itulah yang dimaksudkan Halimah yang bahagia.

Kebahagiaan Halimah yang Kedua:

Sudah jadi tradisi orang yang mendapat anak susuan, dia pergi menuju Hajar Aswad dulu sebelum balik. Di dekat Hajar Aswad, tiba tiba batu Hajar Aswad keluar dari sarangnya dan pergi kepada Rasulullah SAW dan terus mencium Rasulullah SAW. Terkejutlah Halimah. Halimah berkata, “bahagianya saya, bayi ini mesti ada masa depan.” Rencananya, dia hendak bawa Muhammad ke Kaabah untuk cium Hajar Aswad, tapi ternyata Hajar Aswad yang cium Rasulullah SAW. Maka dia berkata bayi ini ada masa depan, mesti jadi orang istimewa tapi tak tahu apa. Itulah bahagia yang kedua.

Kebahagiaan Halimah yang Ketiga:

Setelah itu, Halimah pulang dengan suaminya, yang lain sudah jauh meninggalkan mereka. Ketika mereka naik unta, terkejutlah mereka, unta tua itu jadi gagah. Unta tua itu dapat mendahului semua rombongan tadi, terkejut lagilah Halimah dan suaminya. Ini mesti ada kaitan dengan bayi ini. Dia berkata, “bahagianya kita bang dapat bayi yang luar biasa. Ini bahagia yang ketiga.

Kebahagiaan Halimah yang Keempat:

Ketika rombongan Bani Sa’ad dapat disusul, rombongan tersebut terkejut. Ada yang bertanya, “Apakah dapat unta baru?” Mereka berkata, “Halimah tunggu”. Akan tetapi unta itu terus saja.Bila sampai di rumah, Halimah terkejut, semenjak Rasulullah SAW ada di rumah, Halimah tak perlu pasang lampu, muka Rasulullah SAW bercahaya sepanjang masa. Terkejut suami isteri itu hingga berkata, “bertuahnya kita bang dapat bayi ini, dia mesti ada masa depan”. Inilah bahagia yang keempat.

Kebahagiaan Halimah yang Kelima:

Selama 4 tahun Rasulullah SAW dipelihara. Halimah itu orang miskin, seperti Siti Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah SAW, rezekinya mewah. Mereka heran dan bahagia.

Kebahagiaan Halimah yang Keenam:

Semenjak dengan Halimah, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan, dibagi dia makan tak dibagi dia tak minta. Tidak seperti bayi lain bila lapar minta makanan. Halimah dan suaminya heran, mengapa bayi ini diberi makan dimakan, tak diberi dia tak minta. “Bertuah kita bang, bahagialah kita.” Kemudian bila diberi makan tak pernah minta tambah. Anak kita tidak begaduh kakak beradik karena hendak tambah lauk. Rasulullah SAW tidak, berapa banyak dibagi, itu sajalah yang dia makan. Dia tak minta. Suami isteri heran, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan. Kalau diberi makan, dia tak pernah minta tambah. Halimah kata pada suaminya, “bertuah kita bang dapat bayi ini.”

Kebahagiaan Halimah yang Ketujuh:

Selain tu, waktu ambil Rasulullah SAW sebagai anak susu, susu Halimah bertambah banyak, Halimah heran. Selama ini susunya bukan tak ada tapi tak begitu banyak. Tapi semenjak muncul Rasulullah SAW susu mencurah-curah. Anehnya, apabila sudah menyusu sebelah, Nabi Muhammad tutup mulut kuat-kuat. Halimah paham Rasulullah SAW mengajarkan bahwa yang sebelah lagi untuk abangnya, Damrah. Sejak kecil lagi Tuhan sudah masukkan keadilan pada Rasulullah SAW. Dia tak mau ganggu  bagian abangnya.

Kebahagiaan Halimah yang Kedelapan:

Rasulullah SAW ini tak pernah menangis, bayi seperti manapun menangis. Tapi Rasulullah SAW tidak. Halimah dan suaminya heran, bayi ini mesti ada masa depan. Ini bahagia yang kedelapan.

Kebahagiaan Halimah yang Kesembilan:

Suatu masa, Rasulullah SAW bermain-main dengan abang angkatnya yang bernama Damrah. Dia bermain di padang pasir. Tiba-tiba dia telentang seperti pingsan. Tapi abangnya melihat dia tidak pingsan, terbaring saja. Damrah memanggil emaknya, emak buru-buru melihatnya, adik ini kenapa? Jadi Halimah cepat-cepat datang, sampai kepada Rasulullah SAW dia pun peluk. Selepas Rasulullah SAW puas dipeluk, dia tanya, mengapa nak, apakah engkau sakit? Rasulullah SAW jawab, “ada 3 orang tangkap aku, dibelah dadaku tapi tak sakit, dibasuh-basuh kemudian dijahitnya tak sakit, itu saja.” Heran Halimah. Tak percaya anaknya yang berkata. Hendak percaya, apa iya? Halimah berkata pada suaminya, “bertuah kita bang, anak kita ini mengalami ini, ini mesti ada masa depan.”

Kebahagiaan Halimah yang Kesepuluh:

Kemudian setelah 4 tahun, Rasulullah SAW dibawa oleh Halimah untuk diserahkan kembali kepada emaknya. Bila diserah kembali dia tak tahu apa yang berlaku pada Rasulullah SAW, sebab hendak dapat informasi di zaman itu susah. Tiba-tiba ketika umur Rasulullah SAW 40 tahun terdengarlah berita oleh Halimah, rupanya anak susunya menjadi Rasul. Maka dia berkata pada suaminya, “tak sangka bang, anak susu kita, anak angkat kita jadi Rasul.” Bahagianya Halimah, suaminya pun merasa bahagia.

Kebahagiaan Halimah yang Kesebelas:
Tapi hendak berjumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di tangan Rasulullah SAW. Pada satu hari, waktu dia sudah tua, satu kali dapat jumpa Rasulullah SAW. Waktu sudah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun, setelah menjadi Rasul. Selepas itu Halimah mati. Itulah sekali perjumpaan dengan  Rasulullah SAW.
Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak kebahagian yang Halimah dapat selepas dia mengasuh Rasulullah SAW. Ini menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah.

Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita cungkil dari Rasulullah SAW walaupun satu huruf. Nama Halimah Sa’diah itu sesuai dengan pengalaman hidupnya. Sebab itu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Moga-moga bayi itu bila dia besar sesuai dengan namanya. Jangan bagi nama yang tak baik atau nama orang kafir atau nama Yahudi, takut-takut Tuhan teruskan seperti itu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Allahu Akbar, Nabi Akhir Zaman itu Masih Hidup Setelah Kewafatannya

Imam al-Baihaqi telah membahas sepenggal kehidupan para nabi. Ia menyatakan dalam kitab Dalailun Nubuwwah: “Para nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti para syuhada.”

Abu Manshur ‘Abdul Qahir bin Thahir al-Baghdadi mengatakan: “Para sahabat kami yang ahli kalam al-muhaqqiqun berpendapat bahwa Nabi kita Muhammad saw hidup setelah wafatnya. Adalah beliau saw bergembira dengan ketaatan ummatnya dan bersedih dengan kemaksiatan mereka, dan beliau membalas shalawat dari ummatnya.” Ia menambahkan, “Para nabi as tidaklah dimakan oleh bumi sedikit pun. Musa as sudah meninggal pada masanya, dan Nabi kita mengabarkan bahwa beliau melihat ia shalat di kuburnya. Disebutkan dalam hadis yang membahas masalah mi’raj, bahwasanya Nabi Muhammad saw melihat Nabi Musa as di langit ke empat serta melihat Adam dan Ibrahim. Jika hal ini benar adanya, maka kami berpendapat bahwa Nabi kita Muhammad saw juga hidup setelah wafatnya, dan beliau dalam kenabiannya.”

Al-Qurtubi dalam at-Tadzkirah mengenai hadis kematian dari syeikhnya mengatakan: “Kematian bukanlah ketiadaan yang murni, namun kematian merupakan perpindahan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Hal ini menunjukkan bahwa para syuhada (orang yang mati syahid) setelah kematian mereka, mereka hidup dengan diberikan rejeki, dalam keadaan gembira dan suka cita. Hal ini merupakan sifat orang-orang yang hidup di dunia. Jika sifat kehidupan di dunia ini saja diberikan kepada para syuhada (orang yang mati syahid), tentu para nabi lebih berhak untuk menerimanya.

Benar, ungkapan yang mengatakan bahwa bumi tidak memakan jasad para nabi as. Hal itu terbukti bahwa Nabi Muhammad saw berkumpul dengan para nabi pada malam isra’ di Baitul Maqdis dan di langit, serta melihat Nabi Musa berdiri shalat di kuburnya. Nabi juga mengabarkan bahwa beliau menjawab salam dari orang yang mengucapkan salam kepadanya. Sampai hal yang lebih dari itu, di mana secara global hal tersebut bisa menjadi dasar penyangkalan terhadap kematian para nabi as yang semestinya adalah mereka kembali; gaib dari pada kita, hingga kita tidak bisa menemukan mereka, padahal mereka itu wujud, hidup dan tidaklah melihat mereka seorang pun dari kita melainkan orang yang oleh Allah diberikan kekhususan dengan karamah.

Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Baihaqi dalam kitab Hayatul Anbiya’ mengeluarkan hadis dari Anas ra:

Nabi saw bersabda: “Para nabi hidup di kubur mereka dalam keadaan mengerjakan shalat.”

Al-Baihaqi mengeluarkan hadis dari Anas ra:

Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya para nabi tidaklah ditinggalkan di dalam kubur mereka setelah empat puluh malam, akan tetapi mereka shalat di hadapan Allah SWT sampai ditiupnya sangkakala.”

Sufyan meriwayatkan dalam al-Jami’, ia mengatakan: “Syeikh kami berkata, dari Sa’idbin al-Musayyab, ia mengatakan, “Tidaklah seorang nabi itu tinggal di dalam kuburnya lebih dari empat puluh malam, lalu ia diangkat.”

Al-Baihaqi menyatakan, atas dasar inilah mereka layaknya seperti orang hidup kebanyakan, sesuai dengan Allah menempatkan mereka.

‘Abdur Razzaq dalam Musnadnya meriwayatkan dari as-Tsauri, dari Abil Miqdam, dari Sa’id bin Musayyab, ia berkata: “Tidaklah seorang nabi mendiami bumi lebih dari empat puluh hari.”

Abui Miqdam meriwayatkan dari Tsabit bin Hurmuz al-Kufi, seorang syeikh yang shaleh, Ibn Hibban dalam Tarikhnya dan Thabrani dalam al-Kabir serta Abu Nua’im dalam al-Hilyah, dari Anas ra berkata:

Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah seorang nabi pun yang meninggal, kemudian mendiami kuburnya kecuali hanya empat puluh hari.”

Imamul Haramairi dalam kitab an-Nihayah, dan ar-Rafi’i dalam kitab as-Syarah diriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda

“Aku dimuliakan oleh Tuhanku dari ditinggalkannya aku dikubur selama tiga hari.”

Imam al-Haramain menambahkan, diriwayatkan lebih dari dua hari. Abui Hasan bin ar-Raghwati al-Hanbali mencantumkan dalam sebagian kitab-kitabnya:

“Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan seorang nabi pun di dalam kuburnya lebih dari setengah hari.”

Al-Imam Badruddin bin as-Shahib dalam Tadzkirahnya membahas dalam satu bab tentang hidupnya Nabi saw setelah memasuki alam bnrzokh. Ia mengambil dalil penjelasan Pemilik syari’at (Allah) dari firmanNya:

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah, itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rejeki,” (QS. Ali ‘Imran: 169).

Keadaan di atas menjelaskan tentang kehidupan alam barzakh setelah kematian, yang dialami oleh salah satu golongan dari ummat ini yang termasuk dalam golongan orang-orang yang bahagia (sn’ada’). Apakah hal-ikhwal mereka lebih tinggi dibandingkan dengan kedudukan Nabi saw? Sebab mereka memperoleh kedudukan semacam ini dengan barakah dan dengan sebab mereka mengikuti beliau, serta bersifat dengan hal yang memang selayaknya mereka memperoleh ganjaran kedudukan ini dengan syahadah (kesaksian), dan syahadah Nabi Muhammad saw itu merupakan paling sempurnanya syahadah.

Nabi Muhammad saw bersabda:

“Aku melewati Nabi Musa as pada malam aku dasra’kan berada di sisi bukit pasir merah, ia sedang berdiri shalat di kuburnya.”

Hal ini jelas sebagai penetapan atas hidupnya Musa as, sebab Nabi saw menggambarkannya sedang melakukan shalat dalam posisi berdiri. Hal semacam ini tidaklah disifati sebagai ruh, melainkan jasad, dan pengkhususannya di kubur merupakan dalilnya. Sebab sekiranya (yang tampak itu) adalah sifat-sifat ruh, maka tidak memerlukan pengkhususan di kuburnya. Tidak seorang pun yang akan mengatakan/berpendapat bahwa ruh-ruh para nabi terisolir (terpenjara) di dalam kubur beserta jasadnya, sedangkan ruh-ruh para su’ada’ (orang-orang yang bahagia/sentosa) dan kaum mukminin berada di surga.

Di dalam ceritanya, Ibn ‘Abbas menuturkan ra:

“Aku merasa tidak sah shalatku sepanjang hidup kecuali sekali shalat saja. Hal itu terjadi ketika aku berada di Masjidil Haram pada waktu Shubuh. Ketika imam takbiratul ihram, aku juga melakukan hal yang sama. Tiba-tiba aku merasa ada kekuatan yang menarikku; kemudian aku berjalan bersama Rasuhdlah antara Mekkah dan Madinah. Kemudian kami melewati sebuah lembah. Nabi bertanya, “Lembah apakdh ini?”Mereka menjawab, “Lembah Azraq.”Kemudian Ibn ‘Abbas berkata, “Seolah-olah aku melihat Musa meletakkan kedua jari telunjuk ke telinganya sambil berdoa kepada Allah dengan talbiyah melewati lembah ini. Kemudian kami melanjutlam perjalanan hingga kami sampai pada sebuah sungai kecil di bukit.” Ibn ‘Abbas melanjutkan kisahnya, “Seolah-olah aku melihat Nabi Yunus di atas unta yang halus, di atasnya ada jubah wol melewati lembah ini sambil membaca talbiyah.”

Dipertanyakan di sini, bagaimana Ibn ‘Abbas bisa menuturkan tentang haji dan talbiyah mereka, padahal mereka sudah meninggal? Dijawab: bahwasanya para syuhada itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan rejeki, maka tidak jauh pula, jika mereka haji dan shalat serta bertaqarrub dengan semampu mereka, meskipun mereka berada di akhirat. Sebenarnya mereka di dunia mi, yakni kampungnya amal, sampai jika telah habis masanya dan berganti ke kampung akhirat, yakni kampungnya jaza’ (pembalasan), maka habis pula amalnya. Ini pendapat dari al-Qadhi Iyadh.

Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahwa mereka itu melaksanakan haji dengan jasad mereka dan meninggalkan kubur mereka, maka bagaimana bisa diingkari berpisahnya Nabi saw dengan kuburnya, jika beliau haji, shalat ataupun isra’ dengan jasadnya ke langit, tidaklah beliau terpendam di dalam kubur.

Kesimpulannya dari beberapa penukilan dan hadis tersebut, bahwa Nabi saw hidup dengan jasad dan ruhnya. Dan beliau melakukan aktivitas dan berjalan, sekehendak beliau di seluruh penjuru bumi dan di alam malakut. Dan beliau dalam bentuk/keadaan seperti saat sebelum beliau wafat, tidak berubah sedikit pun. Beliau tidak tampak oleh pandangan sebagaimana para malaikat yang wujudnya adalah ada dan hidup dengan jasad mereka. Jika Allah berkehendak mengangkat hijab tersebut terhadap orang yang Dia kehendaki sebagai bentuk anugerah dengan melihat Nabi, maka orang tersebut akan melihat beliau dalam keadaan apa adanya (seperti saat beliau hidup) dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi dari hal tersebut serta tidak ada pula yang menentang atas pengkhususan melihat yang semisalnya.

Tulisan ini adalah kutipan dari Kitab Tanwirul Halak karya Imam Suyuti.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Maulid At Tamimi

MAULID AT TAMIMI

  • Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
  • Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
  • Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
  • Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
  • Supaya yang lupa diingat kembali.
  • Bertambah ingat lagi.
  • Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
  • Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
  • Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
  • Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
  • Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
  • Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
  • Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
  • Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
  • Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
  • Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
  • Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
  • Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
  • Dan membaca seperti manusia biasa.
  • Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
  • Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
  • Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat ’

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Tawakalnya luar biasa.
  • Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
  • Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
  • Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
  • Dia tidak membunuh orang.
  • Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
  • Tapi dia tidak membunuhnya.
  • Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
  • Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
  • Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
  • Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
  • Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kasih sayangnya sangat ketara.
  • Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
  • Orang yang bersalah dimaafkannya.
  • Sekalipun orang itu tidak memintanya.
  • Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
  • Dia membuka bajunya untuk disebat.
  • Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
  • Lalu dimerdekakannya.
  • Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
  • Pemurahnya tidak ada taranya.
  • Macam angin kencang lajunya.
  • Tiada siapa yang boleh menandinginya.
  • Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
  • Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
  • Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
  • Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
  • Cuma ketaranya pada mukanya.
  • Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
  • Sekalipun musuhnya.
  • Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
  • Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
  • Paling tidak, dia makan berdua.
  • Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
  • Dia tidak pula mencercanya.
  • Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
  • Sehingga orang tidak tahu marahnya.
  • Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
  • Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}

  • Sabarnya luar biasa.
  • Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
  • Dia redha.Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
  • Yang tiada bandingannya.Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
  • Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
  • Diberi gelaran Sahabat namanya.
  • Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
  • Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
  • Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
  • Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
  • Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
  • Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
  • Rasul adalah bulan pumama.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}

  • Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
  • Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
  • Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
  • Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
  • Sekalipun orang itu kafir.
  • Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
  • Kerana menghormati tetamunya.
  • Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
  • Sekalipun binatang yang melata.
  • Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
  • Sekalipun menyalahi utama.
  • Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
  • Dia orang paling pemalu.
  • Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
  • Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya ..

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
  • Hingga bengkak-bengkak kakinya.
  • Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
  • Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
  • Tapi dia buat dengan sukarela.
  • Kerana mencari redha TuhanNya.
  • Dia sebaik-baik suami.
  • Tidak mampu orang lain membuatnya .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
  • Satu cerita yang menyayat hati kita.
  • Seorang buta yang benci kepadanya .
  • Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
  • Hingga sampai waktu wafatnya.
    Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
  • Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
  • Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
  • Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
  • Si buta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
  • Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
  • Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau dia bersahabat atau berkawan.
    Mengutamakan kawannya.
  • Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
  • Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
  • Setiap orang merasa dia dihormatinya.
  • Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
  • Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
  • Supaya lebih terperinci lagi.
  • Cerita dan beritanya.
  • Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
  • Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
  • Dia tidak akan makan sebelum lapar.
  • Dia akan berhenti sebelum kenyang.
  • Tidak macam manusia biasa.
  • Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya ..
  • Kalau dia suka kerana Tuhannya.
  • Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
  • Bukan kerana peribadinya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
  • Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
  • Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
  • Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
  • Makan minumnya bukan diusahakannya.
  • Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
  • Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
  • Terutama yang ada keluarga.
  • Dia tidak menerima upah
  • Lebih-Iebih Iagi meminta upah.
  • Kerana usaha perjuangannya.
  • Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
  • Dari usaha dakwahnya .
  • Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
  • Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
  • Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
    Hartanya diserahkan habis kepadanya .
  • Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
  • Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
  • Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
  • Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
  • Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau dia bercakap lantang suaranya .
  • Tegang urat merihnya.
  • Kalau dia bercakap bak mutiara.
  • Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
  • Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
  • Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
  • Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
  • Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
  • Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
  • Bukan dari hatinya.
  • Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
  • Dia bercakap pendek sahaja.
  • Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Dikatakan oleh hadis ‘jawa  miul kalim’ .
  • Kata-katanya singkat tapi padat .
  • Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
  • Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
  • Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
  • Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
  • Kita sambung lagi cerita nabi kita.
  • Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
  • Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
  • Sekalipun tidak berdosa.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
  • Insafnya dapat dilihat di mukanya.
  • Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
  • Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
  • Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
  • Rasulullah mudah menangis.
  • Kerana takutkan Tuhannya
  • Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
  • Akhlaknya sungguh agung..
  • Tuhan memujinya.
  • Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia ..
  • Sebelum dan sesudahnya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
  • Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
  • Tidak ada siapa boleh menandinginya.
  • Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
  • Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
  • Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
  • Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
  • Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
  • Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
  • Tawadhuk. dengan Tuhannya, sentiasa ada.
  • Sangat ketara, di dalam hidupnya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Dia berpakaian jubah dan serban.
  • Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
  • Warna hitam ada juga dipakainya.
  • Tapi sekali sekala.
  • Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
  • Daging sebagai lauknya
  • Itulah penguat  badannya.
  • Demikianlah secara ringkas.
  • Yang global tentang cerita nabi kita
  • Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya. .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
  • Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
  • Yang lahir dan yang batin .
  • Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
  • Yang kekal sampai ke akhir zaman.
  • Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
  • Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
  • Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memada.
  • Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .

 

Maulid At Tamimi ini ditulis oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi Al Hasyimi.

http://abuyaattamimi.com/terkini-abuya/item/3-putera-bani-tamim-rupanya-lelaki-ghaib.html

http://abuyaattamimi.com/terkini-abuya/item/10-hujjah-lagi-bahwa-abuya-belum-mati.html

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Leave a comment

NUR MUHAMMAD, Awal Dari 1001 Keajaiban…

Telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam kitab “Dalailun Nubuwah” dengan sanad yang sahih:

Artinya

“Berkata Rasulullah Saw. : Pada ketika telah membuat kesalahan Nabi Adam, ia bertaubat dan berkata : Hai Tuhan, saya mohon kepada-Mu dengan hak Muhammad supaya Kamu ampuni saya. Maka Tuhan menjawab : “Hai Adam, bagaimana engkau mengetahui Muhammad sedang ia belum dijadikan ? Adam rnenjawab : Hai Tuhan, setelah Engkau jadikan saya, saya mengangkat kepala melihat ke tiang Arsy di mana tertulis kalimat :

Maka saya tahu bahwa Engkau tidak akan menyertakan Nama Engkau, kecuali dengan nama orang yang Engkau kasihi.


Maka Tuhan menjawab : Engkau benar hai Adam, ia adalah seorang laki-laki yang paling Aku kasihi, kalau engkau memohon kepada Aku dengan haknya, engkau Aku ampuni. KALAU TIDAKLAH KARENA DIA, ENGKAU TIDAK AKAN AKU JADIKAN.”

(Hadits riwayat Imam Baihaqi dalam kitab Dalailu Nubuyah-Imam Hakim dan Imam Thabrani – Syawahidul Haq halaman 156).

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment